Jerman usaha tingkat vaksinasi

MULAI  11 Oktober, rakyat Jerman perlu membayar sendiri bagi melakukan ujian saringan Covid-19, sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memastikan rakyatnya mendapatkan suntikan vaksin.

Bagaimanapun langkah itu menjadi perdebatan dalam kalangan ahli politik yang menyatakan ia bakal menjadi beban kepada yang tidak berkemampuan serta hukuman buat individu yang enggan mendapatkan vaksin.

Canselor Angela Merkel berkata, bekalan vaksin di negara itu ketika ini adalah mencukupi untuk seluruh penduduk dengan 55 peratus sudah melengkapkan vaksinasi dan 62.5 peratus sudah menerima suntikan pertama.

“Kita memiliki bekalan vaksin yang mencukupi dan kita perlu mempergiatkan vaksinasi. Kita tidak lagi berada di atas berbanding negara Eropah yang lain. Terdapat negara lain yang lebih baik daripada Jerman,

“Apa yang lebih positif adalah purata 80 peratus dalam kalangan mereka yang berusia 60 tahun ke atas sudah menerima vaksinasi, kerana mereka adalah golongan berisiko berbanding anak muda,” katanya di Berlin pada Selasa.

Namun, jelas Merkel, ketika ini kadar vaksinasi semakin mencatatkan penurunan.

Related posts

Leave a Comment