Sekatan dilanjutkan hingga 16 Ogos

INDONESIA melanjutkan sekatan pergerakan untuk membendung Covid-19 di pulau-pulau Jawa dan Bali sehingga 16 Ogos sementara sekatan pergerakan di 26 daerah lain akan dilonggarkan susulan jumlah jangkitan menurun di Jakarta.

Awal Julai lalu pihak berkuasa Indonesia mengehadkan pergerakan untuk membendung varian Delta yang sangat menular di Jawa dan Bali dan kemudian diperluas ke daerah yang mempunyai kadar jangkitan tinggi.

Kelonggaran yang diberi termasuk kompleks membeli-belah akan dibuka semula dengan kapasiti 25 peratus bagi individu yang telah divaksin kecuali kanak-kanak dan warga emas.

Sementara itu, Menteri Kesihatan Budi Gunadi berkata, status vaksinasi rakyat akan menentukan protokol kesihatan mana yang harus mereka patuhi dalam sektor seperti pelancongan dan pendidikan, serta sama ada mereka perlu memakai pelitup muka atau tidak.

Sekatan di luar Jawa dan Bali akan dilanjutkan sehingga 23 Ogos susulan peningkatan kes 1.2 peratus.

Di Jakarta, kemasukan ke hospital mencatatkan penurunan kepada 39 peratus daripada 90 peratus pada awal Julai.

Kementerian Kesihatan bagaimanapun mendedahkan kemasukan ke hospital direkodkan di Gorontalo, Sulawesi melebihi 90 peratus, manakala di Pulau Sumatera melebihi 80 peratus.

Related posts

Leave a Comment