Kadar kebolehjangkitan 1.08

PUTRAJAYA 6 Ogos – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian semalam, 5 Ogos untuk seluruh negara adalah 1.08 berbanding 1.07 pada hari sebelumnya.

Bagaimanapun 11 negeri dan wilayah mencatatkan kadar kebolehjangkitan atau R-naught melebihi purata kebangsaan.

Kelantan mencatatkan kadar tertinggi dengan 1.29 diikuti Perak 1.23, Pulau Pinang 1.21, Terengganu 1.20, Sabah dan Kedah masing-masing 1.17, Johor 1.14, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.11, Melaka, Pahang dan Sarawak masing-masing 1.09.

Selangor 1.08, Wilayah Persekutuan Putrajaya 1.01, Negeri Sembilan 0.98 dan Wilayah Persekutuan Labuan 0.64.

Sementara Perlis mencatatkan empat kes baharu.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu, manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment