4.3 bilion dos global disuntik

LEBIH 4.3 bilion dos vaksin Covid-19 sudah didaftar atau disuntik di seluruh dunia setakat ini, demikian menurut data Johns Hopkins University.

China mendahului dengan lebih 1.72 bilion dos vaksin diikuti India dengan 489 juta dos vaksin dan Amerika Syarikat sebanyak lebih 347 juta dos.

Brazil mencatat jumlah melebihi 100 juta dos dengan Jerman menghampiri jumlah tersebut manakala United Kingdom dan Jepun melebihi 86 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan 71 juta, diikuti Malaysia dan Filipina lebih 22 juta dos, Thailand lebih 18 juta dos dan Singapura dengan lebih 7 juta dos.

Related posts

Leave a Comment