R-naught kekal 1.07

PUTRAJAYA 5 Ogos – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian semalam 4 Ogos untuk seluruh negara adalah 1.07, kadar yang kekal selama tiga hari berturut-turut.

Bagaimanapun 12 negeri dan wilayah mencatatkan kadar kebolehjangkitan atau R-naught melebihi purata kebangsaan.

Kelantan mencatatkan kadar tertinggi dengan 1.31 diikuti Terengganu 1.26, Perak 1.22, Pulau Pinang 1.19, Sabah 1.17 dan Kedah 1.16.

Johor 1.14, Kuala Lumpur 1.13, Sarawak 1.11, Pahang 1.09, Selangor 1.08, Putrajaya 1.08, Melaka 1.06, dan Negeri Sembilan 0.94.

Sementara Perlis dan Labuan masing-masing rekodkan 11 dan 5 kes baharu.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu, manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment