Lebih 4.26 bilion dos disuntik

DATA Johns Hopkins University menunjukkan lebih 4.26 bilion dos vaksin Covid-19 didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga pagi Khamis, 5 Ogos..

China mendahului dengan lebih 1.68 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan diikuti India dengan 478 juta dos vaksin dan Amerika Syarikat sebanyak lebih 346 juta dos.

Negara lain yang mencatat jumlah melebihi 100 juta dos adalah Brazil dengan Jerman menghampiri jumlah tersebut, manakala United Kingdom dan Jepun melebihi 86 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan 69 juta, diikuti Malaysia 21 juta dos, Filipina lebih 20 juta dos diikuti Thailand lebih 18 juta dos.

Singapura di tangga kelima dengan lebih 7 juta dos.

Related posts

Leave a Comment