Syarat Australia buka sempadan

SYDNEY: Australia perlu mencapai sasaran 80 peratus penduduk dewasanya divaksin sebelum mempertimbangkan pembukaan semula sempadan kata Perdana Menteri Scott Morrison.

Setakat ini hanya 18 peratus orang dewasa telah divaksinasi di negara itu.

Ketika mengumumkan pelan empat fasa untuk kembali ke kehidupan normal, beliau berkata sempadan akan mula dibuka secara beransur-ansur dalam Fasa C pelan berkenaan.

Australia kini berada di Fasa A atau fasa mengekang Covid-19 dalam .

Sebahagian besar negara itu diletakkan dibawah perintah berkurung untuk mengekang penularan Covid-19.

Sydney diletakkan dibawah arahan duduk di rumah yang ketat susulan peningkatan jangkitan yang membimbangkan sejak pertengahan bulan Jun akibat varian Delta.

Australia dianggap antara negara yang berjaya menangani krisis Covid-19 jauh lebih baik daripada banyak negara maju lain.

Negara itu hanya merekodkan  34,000 kes dan kurang 1,000 kematian.

Kejayaan ini susulan penutupan sempadan negara itu sejak pandemik bermula.

Related posts

Leave a Comment