Kadar kebolehjangkitan turun

PUTRAJAYA 1 Ogos – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 di Malaysia terus mencatatkan penurunan, dari 1.12 pada Jumaat 30 Julai kepada 1.10 semalam.

Sebelas negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi atau sama purata kebangsaan.

Perlis catat kadar tertinggi dengan 1.47 diikuti Terengganu 1.42 dan Kelantan 1.27,

Kedah, Perak dan Sabah masing-masing 1.21 dan Putrajaya 1.20.

Seterusnya Pulau Pinang 1.18, Johor 1.17 dan Pahang 1.15 serta Kuala Lumpur 1.10.

Negeri yang di bawah purata kebangsaan adalah Selangor 1.08, Sarawak dan Melaka masing-masing 1.05, Negeri Sembilan 0.90 dan Labuan 0.70

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu manakal yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment