Malaysia suntik 18.9 juta dos

PUTRAJAYA 29 Julai – Jumlah pemberian vaksin Covid-19 seluruh negara melebihi 500,000 dos suntikan dalam tempoh tiga hari berturut-turut dengan 552,701 dos diberikan semalam.

Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba berkata, daripada jumlah itu 353,771 adalah bagi dos bagi suntikan pertama manakala 198,930 lagi adalah suntikan dos kedua.

Berdasarkan data dikongsikan beliau, pertambahan dos pertama dan kedua semalam menjadikan jumlah keseluruhan vaksin diberikan kepada rakyat di negara ini adalah sebanyak 18,946,048 dos.

“Lebih 200,000 dos pertama dan kedua diterima di Lembah Klang dengan membabitkan 239,874 dos. Daripada jumlah itu 156,757 meliputi dos pertama manakala 83,117 bagi dos kedua.

“Ia menjadikan 85.5 peratus penduduk dewasa di Lembah Klang meliputi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor sudah menerima suntikan pertama dan 31.1 peratus lagi lengkap dos kedua,” katanya.

Selain Lembah Klang, beberapa negeri turut mendapat dos pertama tertinggi iaitu Johor (36,493), Sabah (31,991), Pulau Pinang (23,457) dan Pahang (18,950).

Bagi dos kedua, Sarawak turut mendapat suntikan tertinggi dengan 29,096 dos, Perak (19,670), Negeri Sembilan (15,380) dan Kedah (10,761).

Related posts

Leave a Comment