Kadar kebolehjangkitan turun

PUTRAJAYA 27 Julai – Kadar kebolehjangkitan (R-naught) Covid-19 di Malaysia mencatatkan penurunan iaitu 1.14 berbanding 1.15 sebelumnya selepas meningkat selama tiga hari berturut-turut.

Sepuluh negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi atau sama dengan purata kebangsaan.

Terengganu mencatat kadar R-naught tertinggi dengan 1.29 diikuti Johor dan Kedah masing-masing 1.26, Sabah 1.23, Kelantan 1.22, Perak 1.22. Pulau Pinang 1.19 dan Putrajaya 1.16

Selangor dan Kuala Lumpur sama dengan purata kebangsaan, Pahang 1.11, Melaka 1.04, Sarawak 1.04, Negeri Sembilan 1.00, Labuan 0.66.

Perlis mencatatkan dua kes.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif..

Related posts

Leave a Comment