Kadar kebolehjangkitan 1.09

PUTRAJAYA 24 Julai – Kadar kebolehjangkitan (R-naught atau Rt) Covid-19 di Malaysia mengikut kes seharian semalam 23 Julai adalah 1.09 berbanding 1.07 pada hari sebelumnya.

Sebelas negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan di mana Terengganu kekal mencatat nilai Rt tertinggi iaitu 1.37 berbanding 1.44 semalam.

Ini diikuti Kedah 1.23, Pulau Pinang 1.22, Kelantan 1.20, Johor 1.19, Putrajaya 1.19, Sabah 1.17, Pahang 1.17, Selangor 1.15, Melaka 1.12, dan Kuala Lumpur 1.11.

Beberapa negeri mencatat di bawah purata kebangsaan iaitu Perak 1.07, Negeri Sembilan 1.04, Sarawak 1.03, Wilayah Persekutuan Labuan 0.71 manakala Perlis merekodkan tiga kes.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu, manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment