13.7 % kanak-kanak lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 20 April – Sebanyak 33,474 lagi kanak-kanak berumur antara lima hingga 11 tahun melengkapkan vaksinasi mereka di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) semalam.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan 487,728 atau 13.7 peratus daripada populasi itu telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 1,425,865 kanak-kanak atau 40.1 peratus, telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Berdasarkan laman web COVIDNOW, sejumlah 2,877,332 remaja berumur antara 12 hingga 17 tahun atau 92.5 peratus telah lengkap divaksin, manakala 2,978,531 atau 95.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi  populasi dewasa pula, seramai 15,985,545 individu atau 67.9 peratus telah menerima dos penggalak selepas 4,635 lagi tampil semalam mendapatkan dos itu.

Di samping itu bagi populasi yang sama juga, sebanyak 22,961,980 atau 97.6 peratus telah melengkapkan dos kedua, manakala 23,238,874 atau 98.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Semalam, sebanyak 47,612 dos vaksin diberikan melibatkan 35,398 dos kedua, 4,635 dos penggalak dan 7,579 dos pertama, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 69,742,922.

Related posts

Leave a Comment