China terus mendahului vaksinasi

LEBIH 3.72 bilion dos vaksin Covid-19 didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga Khamis, 22 Julai, demikian menurut data Johns Hopkins University.

China kini mendahului dengan lebih 1.47 bilion dos vaksin diikuti India dengan 417 juta dos vaksin dan Amerika Syarikat sebanyak 338 juta dos.

Negara lain yang mencatat jumlah melebihi 100 juta dos adalah Brazil, manakala United Kingdom serta Jerman lebih 80 juta dos,  Jepun lebih 73 juta dos dan Perancis lebih 67 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 60.4 juta, manakala Filipina dan Malaysia kini lebih 15 juta dos.

Thailand mencatatkan lebih 14 juta dos dan Singapura dengan lebih 6.8 juta dos.

Related posts

Leave a Comment