Delta dijangka tingkat kes

WASHINGTON: Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat menjangkakan peningkatan kes harian Covid-19 sehingga 83 peratus akibat daripada penularan varian Delta.

Pengarahnya, Dr Rochelle Walensky berkata, peningkatan drastik ini dijangka meningkat berbanding 3 Julai lalu apabila varian tersebut hanya mencatatkan peningkatan sehingga 50 peratus.

Beberapa negeri pula dijangka mencatatkan peningkatan lebih drastik memandangkan kadar vaksinasi rendah.

CDC telah mengeluarkan jangkaan di seluruh negara dan meramalkan varian Delta bakal mencatat 83 peratus peningkatan.

Sehubungan itu, beliau menegaskan langkah terbaik ketika ini adalah dengan mengawal penularan dan meningkatkan kadar vaksinasi dengan mempertingkatkan

kepercayaan terhadap keberkesanan vaksin itu.

Varian Delta yang pertama kali dikesan di India dilapor menular dengan lebih pantas berbanding varian lain dan kini sudah menular sehingga hampir ke seluruh dunia.

Related posts

Leave a Comment