Lebih 3.67 bilion dos didaftar

LEBIH 3.67 bilion dos vaksin Covid-19 sudah didaftar atau disuntik di seluruh dunia setakat ini, demikian menurut data Johns Hopkins University.

China mendahului dengan lebih 1.46 bilion dos diikuti India 411 juta dos dan Amerika Syarikat 337 juta dos.

Brazil merekodkan lebih 100 juta dos,  United Kingdom serta Jerman lebih 80 juta dos, Jepun dengan 71 juta dos dan Perancis lebih 65 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 58 juta, diikuti .Filipina dan Malaysia kini lebih 15 juta dos.

Thailand lebih 14 juta dos dan Singapura lebih 6 juta dos.

Related posts

Leave a Comment