Kes import Brunei Darussalam 150

BANDAR SERI BEGAWAN 19 Julai. – Kementerian Kesihatan merekodkan lapan kes import baharu semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 di  Brunei Darussalam 291 orang di mana 150 adalah kes import.

Menurut Kementerian Kesihatan, kesemua kes melibatkan ketibaan dari Jakarta pada 4 Julai lalu dan kes dikesan semasa mereka sedang berada dalam kuarantin.

Pengesanan kontak mendapati, tidak ada kontak terdekat bagi kes ini kerana

keseluruhan pengendalian perjalanan semasa ketibaan serta pengasingan diri telah  mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang sedia ada.

Setakat semalam Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa Brunei mencatatkan 438 hari kes sifar, iaitu bagi kes terakhir jangkitan tempatan Covid-19 sejak laporan terakhir dicatatkan, pada 6 Mei 2020.

Sebanyak 27 kes aktif menjalani rawatan di Pusat Pengasingan Kebangsaan dan kesemua kes yang sedang dirawat adalah dalam keadaan baik manakala jumlah keseluruhan kes yang sembuh setakat ini seramai 261 orang.

Kementerian Kesihatan turut memaklumkan seramai 726 orang sedang menjalani pengasingan diri mandatori, sementara 22,037 orang menamatkan pengasingan diri mandatori sejak Mac 2020.

Mengenai status vaksinasi Covid-19,  seramai 3,645 menerima suntikan vaksin Covid-19 pada 17 Julai 2021 manakala seramai 109,443 (24.1 peratus) telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Seramai 19,953 iaitu sekitar 4.4 peratus pula telah menerima dua dos suntikan vaksin manakala seramai 18,246 warga emas telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.

Related posts

Leave a Comment