Kadar kebolehjangkitan 1.15

PUTRAJAYA 19 Julai – Kadar kebolehjangkitan atau Ro/Rt Covid-19 di Malaysia mencatatkan penurunan untuk hari ketiga berturut-turut dengan kadar 1.15 berbanding 1.18 pada hari sebelumnya.

Bagaimanapun tujuh negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.

Terengganu mencatatkan kadar tertinggi dengan 1.27, diikuti Putrajaya 1.26, Kedah 1.24, Sabah 1.21, Selangor 1.17, Pulau Pinang 1.16 dan Pahang 1.16.

Enam negeri lain mencatatkan kadar antara 1.15 ke 1.10 iaitu Negeri Sembilan 1.15, Kuala Lumpur 1.15, Johor, Melaka dan Perak masing-masing 1.12 dan Kelantan 1.10.

Sarawak 0.93 dan Labuan 0.77 sementara Perlis merekodkan lima kes baharu.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu manakala yang tertinggi dicatatkan adalah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment