Khutbah haji pelbagai bahasa

KHUTBAH haji tahun ini akan diterjemahkan dalam 10 bahasa termasuk bahasa Melayu, Inggeris, Cina, Urdu dan Bengali.

Menurut facebook Haramain, turut disenaraikan adalah bahasa Perancis, Parsi, Turki, Rusia dan Hausa.

Seramai 65,000 jemaah dari 150 negara dipilih mengerjakan ibadah haji tahun ini, tahun kedua diadakan secara terhad khusus untuk penduduk di Arab Saudi.

Mereka adalah antara 540,000 pemohon yang mengemukakan permohonan untuk menyertai ibadah itu.

Tahun ini seramai 263 rakyat Malaysia di Arab Saudi dipilih menunaikan haji tahun ini berbanding lapan orang pada tahun lepas.

Jemaah yang terpilih akan mula melapor diri pada 17 dan 18 Julai di empat pusat sebelum dibawa ke Masjidilharam dengan bas untuk mengerjakan tawaf ketibaan.

Kementerian Hal Ehwal Islam Arab Saudi juga menugaskan 135 imam untuk memberikan bimbingan agama dan panduan kepada jemaah haji.

Semua imam itu bersedia untuk menjawab pertanyaan yang berkaitan dengan urusan haji.

Langkah berkenaan susulan arahan kepemimpinan kerajaan Arab Saudi untuk memberikan semua layanan kepada jemaah haji untuk melakukan ibadah dengan tenang.

Talian telefon juga disediakan untuk memberikan maklum balas terhadap pertanyaan jemaah haji dalam pelbagai bahasa termasuk Arab, Inggeris, Perancis, Turki, Urdu, Hausa, Indonesia, Bengali dan Amharic.

Related posts

Leave a Comment