Kes di Asia Barat membimbangkan

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bimbang peningkatan kes Covid-19 di beberapa negara Asia Barat yang bakal mengheret negara terbabit dalam krisis lebih besar.

Menurut WHO, peningkatan kes yang bakal menyebabkan impak buruk di Asia Barat itu adalah disumbangkan penyebaran varian Delta serta akses kepada vaksin yang rendah serta kegagalan mengawal penularan kes.

Peningkatan signifikan dicatatkan di Libya, Iran, Iraq dan Tunisia dan menjangkakan peningkatan mendadak bakal berlaku di Lubnan dan Maghribi.

Setakat ini, Tunisia merekod kematian per kapita tertinggi di Afrika dan Asia Barat sementara kes jangkitan harian di Iran meningkat dua kali ganda sejak empat minggu lepas.

Secara keseluruhannya, lebih 11 juta kes jangkitan dilaporkan di rantau Asia Barat dan lebih 223,000 kematian dicatat setakat ini.

Related posts

Leave a Comment