R-naught catat peningkatan

PUTRAJAYA 15 Julai – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught di Malaysia terus mencatat peningkatan dengan mencatat nilai 1.19 semalam berbanding 1.16 pada Selasa.

Dua negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan iaitu  Terengganu dengan kadar 1.40 dan Putrajaya pada kadar 1.31.

Hanya Sarawak dan Labuan mempunyai nilai R-naught di bawah kadar 1.0, iaitu masing-masing 0.92 dan 0.84.

Mengikut pecahan, Kedah mencatatkan kadar R-naught 1.19, Selangor 1.18, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.17, Pahang 1.16, Melaka 1.15 dan Negeri Sembilan 1.13.

Selebihnya, Pulau Pinang (1.10), Sabah (1.06), Johor dan Kelantan (1.05), dan Perak (1.04).

Sementara, Perlis hanya merekodkan tiga kes.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan negara tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu manakala  yang tertinggi adalah  1.21 pada 23 Mei.

Related posts

Leave a Comment