3.495 bilion dos vaksin disuntik

CHINA mendahului suntikan vaksin dengan merekodkan 1.4 bilion dos setakat iniĀ berbanding peringkat global sebanyak 3.495 bilion dos.

Menurut data Johns Hopkins University, India merekodkan 387 juta dos vaksin dan Amerika Syarikat (AS) sebanyak 334 juta dos.

Negara lain yang mencatat jumlah melebihi 100 juta dos adalah Brazil, manakala United Kingdom serta Jerman lebih 80 juta dos, Jepun dengan 623 juta dos dan Perancis 61 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 52 juta, diikuti Filipina 13 juta, Thailand 12.6 juta, Malaysia 12.6 juta danĀ Singapura dengan lebih 6 juta dos.

Related posts

Leave a Comment