R-naught: Putrajaya kadar tertinggi

PUTRAJAYA 12 Julai – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 di Malaysia mencatat trend peningkatan lima hari berturut-turut, naik kepada 1.15 pada Ahad berbanding 1.13 hari sebelumnya.

Empat negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan iaitu

Putrajaya dengan kadar tertinggi 1.31, Selangor 1.18, serta Kuala Lumpur dan Kedah masing-masing 1.17.

Pahang pula merekodkan 1.14, Sabah, Melaka  dan Terengganu masing-masing 1.08

Seterusnya, Perak 1.07, Pulau Pinang 1.05, Johor 1.02 dan Negeri Sembilan 1.02.

Manakala empat negeri mencatat kadar kebolehjangkitan bawah 1.0 ialah Kelantan 0.95, Labuan 0.90, Sarawak 0.85 dan Perlis merekodkan satu kes.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu dan yang tertinggi,  1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment