R-naught Putrajaya tinggi

PUTRAJAYA 11 Julai – Hari keempat berturut-turut, kadar kebolehjangkitan Covid-19 di Malaysia terus mencatatkan trend peningkatan, naik kepada 1.13 pada Jumaat berbanding 1.11 pada hari sebelumnya.

Lima negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.

Putrajaya mencatat kadar tertinggi dengan 1.20 diikuti Kuala Lumpur 1.18, Selangor dan Melaka 1.17 dan Kedah 1.14

Tujuh lagi negeri lain mencatat kadar di antara 1.0 ke 1.11 iaitu Perak 1.11,  Pahang 1.09, Sabah dan Terengganu 1.08, Negeri Sembilan 1.02, Johor 1.00 dan Pulau Pinang 1.00.

Perlis, Kelantan, Labuan dan Sarawak mencatat kadar R-naught di bawah 1.0.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.

Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment