R-naught naik 1.11

PUTRAJAYA 10 Julai – Kadar kebolehjangkitan (R-naught) Covid-19 di negara ini  mencatat trend peningkatan untuk hari ketiga berturut-turut, naik kepada 1.11 semalam berbanding 1.09 hari sebelumnya.

Lima negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.

Putrajaya mencatat kadar tertinggi iaitu 1.19 diikuti Perak 1.17,  Kuala Lumpur 1.16, Selangor 1.16, dan Kedah 1.13.

Pahang mencatat kadar sama dengan purata nilai kebangsaan.

Sabah merekodkan 1.10, Terengganu 1.08, Melaka 1.05 dan Negeri Sembilan 1.04.

Lima negeri mencatat kadar R-naught di bawah 1.0 iaitu Johor 0.99, Pulau Pinang 0.99, Kelantan 0.94, Labuan 0.87 dan Sarawak 0.85.

Perlis pula mencatat satu kes baharu.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment