Lebih 3.32 bilion dos didaftar

SEJUMLAH lebih 3.32 bilion dos vaksin Covid-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga pagi Khamis, de

Ini merupakan pertambahan puluhan juta dos berbanding hari sebelumnya.

DATA John Hopkins Uuniversity merekodkan lebih 3.32 bilion dos vaksin Covid-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga pagi ini, Khamis, 8 Julai.

China mendahului dengan lebih 1.33 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan diikuti  India dengan 364 juta dos dan Amerika Syarikat (AS) sebanyak 330 juta dos.

Negara lain yang mencatat jumlah melebihi 100 juta dos adalah Brazil dan melebihi 80 juta dos adalah United Kingdom (UK).

Jerman merekodkan 78 juta dos, Perancis melebihi 57 juta dan Itali melebihi 56 juta dos.

Indonesia mendahului negara lain di Asia Tenggara dengan jumlah yang didaftarkan sebanyak 47 juta dos, Filipina dan Thailand pula melebihi 11 juta dos.

Malaysia merekodkan lebih 9.6 juta dos dan Singapura dengan lebih 5.8 juta dos.

Related posts

Leave a Comment