Actemra, Kevzara kurangkan risiko

PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan penggunaan ubat Actemra keluaran Roche dan Kevzara keluaran Sanofi untuk mengurangkan risiko kematian akibat Covid-19.

Kedua-dua ubat ini kebiasaannya digunakan untuk merawat masalah arthritis atau keradangan sendi.

Saranan itu dikeluarkan selepas data kajian daripada 11,000 pesakit mendapati ubat berkenaan mengurangkan risiko kematian.

Kajian dijalankan oleh satu kumpulan WHO yang mengkaji terapi bagi merawat pesakit Covid-19 yang teruk dan kritikal.

Ia merumuskan, Actemra dan Kevzara mampu menyekat keradangan, mengurangkan risiko kematian dan penggunaan mesin bantuan pernafasan.

Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (USFDA) minggu lalu memberi kelulusan kecemasan Actemra untuk Covid-19.

Related posts

Leave a Comment