Kes import ke-121 di Brunei

BANDAR SERI BEGAWAN 4 Julai – Kementerian Kesihatan melaporkan satu lagi kes import baharu setakat 10 pagi semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Brunei Darussalam (NBD) meningkat kepada 262 orang.

Kes melibatkan seorang wanita, berumur 48 tahun, yang tiba ke negara ini dari Jakarta, Indonesia, pada 27 Jun 2021. Beliau mula mengalami simptom batuk, sakit kepala dan demam panas pada 1 Julai 2021.

Penyiasatan dan pengesanan kontak mengesahkan 23 kontak terdekat bagi kes ini.

Setakat ini, sebanyak 121 kes import dicatatkan, iaitu sejak kes terakhir jangkitan tempatan berkenaan dilaporkan.

Menurut Kementerian Kesihatan lagi, sembilan kes aktif masih menjalani rawatan di Pusat Pengasingan Kebangsaan dan kesemua kes yang sedang dirawat di pusat tersebut adalah dalam keadaan baik.

Jumlah keseluruhan kes yang sembuh setakat ini adalah 250 orang.

Related posts

Leave a Comment