50,824 kes baharu varian Delta

LONDON: Britain merekodkan 50,824 kes baharu varian Delta Covid-19 sejak tujuh hari lalu, demikian menurut pihak berkuasa Kesihatan Awam England (PHE).

Menurut PHE, jumlah kes baharu (30 Jun) varian Delta meningkat kepada 161,981 iaitu kenaikan 46 peratus dari minggu lalu.

Daripada jumlah itu, England merekodkan 148,538, Scotland 10,185, Wales 1,749 dan Northern Ireland 1,509.

Sementara itu, negara berkenaan mencatatkan 27,125 kes baharu COVID-19 pada Jumaat, antara yang tertinggi sejak Februari lalu.

Ia berbanding 27,989 kes positif dan 22 kematian yang dilaporkan sehari sebelumnya.

Pejabat Statistik Nasional (ONS) Britain berkata, adalah lazim jangkitan Covid-19 di England dianggarkan meningkat kepada 1 daripada 260 orang dalam seminggu hingga 26 Jun.

ONS menyatakan itu adalah kadar positif yang dianggarkan tertinggi sejak 27 Februari.

Keadaan ini berlaku ketika Perdana Menteri Boris Johnson menyatakan harapan dapat membuka kembali ekonomi England sepenuhnya pada 19 Julai.

Related posts

Leave a Comment