Kes meningkat di Korea Selatan

KLUSTER baharu dan penularan varian Delta melonjakkan kes jangkitan harian Covid-19 di Korea Selatan kepada 826 kes pada Khamis

Menurut Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA), angka itu menunjukkan peningkatan berbanding 762 kes pada hari sebelumnya.

Seoul merekodkan kes tertinggi, sebanyak 347 diikuti Gyeonggi 264.

Kerajaan melonggarkan langkah-langkah penjarakan fizikal bermula bulan ini, susulan kes harian sekitar 500 beberapa bulan terakhir ini dan proses vaksinasi yang dipercepat.

Bagaimanapun hanya beberapa hari sebelum kelonggaran sekatan berkuat kuasa, jumlah kes meningkat kepada 600 dan kemudiannya 800 minggu ini, terutama disebabkan kluster baharu di Seoul dan wilayah sekitarnya.

Ia menyebabkan pihak berkuasa membuat keputusan menangguhkan langkah-langkah melonggarkan sekatan selama seminggu, iaitu kepada 7 Julai.

Menteri Dalam Negeri dan Keselamatan Jeon Hae-cheol berkata, lebih 80 peratus daripada kes baharu direkodkan di Seoul selama tiga hari berturut-turut, disebabkan jangkitan kluster restoran dan institusi pendidikan swasta.

“Kami sangat bimbang virus itu akan tersebar lebih jauh kerana terdapat tanda-tanda peningkatan aktiviti luar di kalangan orang ramai dan peningkatan jumlah kes varian Delta yang sangat mudah menular,” katanya.

Related posts

Leave a Comment