EU sangkal dakwaan KJ

PUTRAJAYA 23 Jun – Kesatuan Eropah (EU) menyumbang lebih lima juta dos kepada kerajaan Malaysia menerusi program Akses Sejagat Vaksin Covid-19 (Covax).

Justeru, Dutanya ke Malaysia, Michalis Rokas menyangkal dakwaan yang mengatakan blok Eropah membolot vaksin.

“Untuk makluman anda, segala permintaan daripada kerajaan Malaysia berhubung agihan vaksin ke negara ini diluluskan tanpa masalah oleh Sekretariat EU,” tegasnya.

Katanya dakwaan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar baru-baru ini yang kononnya blok itu membolot vaksin adalah tohmahan tidak berasas.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran Program Sokongan Respons Covid-19 ASEAN-EU kelolaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di negara ini, semalam.

Majlis itu dirasmikan secara maya oleh Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba dan turut disertai Wakil WHO bagi Malaysia, Brunei dan Singapura, Dr Lo Ying-Ru Jacqueline.

Khairy sebelum ini pada sidang media mendedahkan ada beberapa buah negara Eropah yang memonopoli agihan sehingga mengakibatkan kadar vaksinasi di negara ini agak ketinggalan.

Kartel itu dipercayai berunding terus dengan pembekal vaksin bagi membolehkan pembelian dapat dibuat secara pukal.

Related posts

Leave a Comment