Harapan mansuh sekatan 2 Julai

LONDON: Menteri Kesihatan Britain, Matt Hancock mendedahkan data Covid-19 negara itu mencatat perkembangan memberangsangkan dan memberi harapan sekatan pergerakan akan dapat dimansuhkan sepenuhnya pada 19 Julai ini.

Bagaimanapun kerajaan akan berhati-hati dalam memantau data terutamanya menjelang pembukaan semula sektor sosial minggu hadapan.

Pada masa yang sama, beliau juga meminta mereka yang belum mendapatkan suntikan vaksin supaya berbuat demikian.

Semalam, Britain merekodkan 11,629 kes baharu Covid-19 dengan 27 kematian.

Tarikh pembukaan semula United Kingdom (UK) dilanjutkan susulan peningkatan kes jangkitan akibat varian delta yang mendominasi kes baharu di negara itu.

Mengikut perancangan sebelum ini sekatan akan dilonggarkan bermula 21 Jun.

Related posts

Leave a Comment