MUIS buka tempahan solat Jumaat

SINGAPURA 21 Jun – Mulai Jumaat ini, 25 Jun, empat masjid di Singapura, akan memulakan projek perintis membuka zon tambahan bagi setiap sesi solat Jumaat untuk jemaah yang sudah menjalani vaksinasi atau ujian sebelum acara (PET).

Menurut Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), masjid yang terlibat adalah Masjid Al-Istighfar, Masjid Ar-Raudhah, Masjid Assyafaah dan Masjid Mujahidin.

Tempahan slot di masjid-masjid itu terbuka kepada yang sudahpun menjalani vasksinasi, mempunyai sijil pengecualian ujian pra-acara setelah sembuh daripada jangkitan Covid-19 atau memliki sijil hasil ujian pra-acara yang menunjukkan mereka bebas daripada jangkitan virus itu.

Langkah itu adalah selaras dengan garis panduan baharu khidmat ibadah di bawah Fasa 3 (Kewaspadaan Dipertingkat) di mana sehingga 250 orang dibolehkan bagi solat jemaah dengan syarat mereka menjalani PET.

Permohonan solat Jumaat untuk 25 Jun dan 2 Julai ini akan dibuka mulai pukul 10 pagi esok dengan menawarkan 20,940 tempat dan terbuka kepada mereka yang belum mendapat slot pada 11 dan 18 Jun lalu.

Mereka yang tidak mendapat slot solat Jumaat pada sesesuatu minggu, boleh menempah slot-slot baki yang masih ada pada setiap Khamis bagi slot keesokan harinya.

Tempahan slot solat Jumaat selanjutnya akan dibuka mulai Selasa, 6 Julai.

Related posts

Leave a Comment