Kadar R-naught 0.97

PUTRAJAYA 21 Jun – Kadar kebolehjangkitan (R-naught) Covid-19 di Malaysia menunjukkan trend peningkatan untuk empat hari berturut-turut dengan 0.97 semalam, Ahad berbanding 0.96 pada hari sebelumnya.

Negeri Sembilan mencatatkan kadar R-naught tertinggi melebihi 1.05 diikuti Johor (1.00), Sarawak (0.99), Labuan (0.98), Sabah (0.96), Kuala Lumpur (0.96), Selangor (0.93), Melaka (0.91) dan Perak (0.90).

Seterusnya, Kedah, Kelantan, Pulau Pinang, Perlis, Pahang, Putrajaya dan Terengganu.

Setakat ini, kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment