Brunei tambah dua kes baharu

BANDAR SERI BEGAWAN 21 Jun. – Dua lagi kes import direkodkan di Brunei Darussalam setakat pukul 12 tengah hari semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 meningkat kepada 255 orang.

Kedua-dua kes melibatkan lelaki berusia 36 da 45 tahun yang tiba dari Indonesia  pada 6 Jun 2021 dan tidak mempunyai sebarang tanda-tanda jangkitan.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, siasatan dan pengesanan kontak mengesahkan tidak ada kontak terdekat bagi kedua-dua kes ini memandangkan mereka dikurantin sebaik sahaja tiba ke negara ini.

Untuk rekod, kali terakhir kes jangkitan tempatan direkodkan Brunei Darussalam adalah pada 6 Mei 2020 dan sejak itu, setakat ini, sebanyak 114 kes import dicatatkan.

Sementara itu satu kes sembuh disahkan dan menjadikan jumlah keseluruhan kes yang sembuh setakat ini seramai 244 orang manakala lapan kes aktif masih menjalani rawatan di Pusat Pengasingan Kebangsaan.

Seramai 660 orang sedang menjalani pengasingan diri mandatori, sementara seramai 20,209 orang menamatkan pengasingan diri mandatori sejak Mac 2020.

Sementara itu, sebanyak  50,400 dos vaksin Covid-19 Moderna  tiba di Brunei Darussalam dari Sepanyol, semalam.

Ini merupakan peringkat pertama daripada sebanyak 200,000 vaksin Moderna yang diperoleh oleh Kementerian Kesihatan.

Related posts

Leave a Comment