R-naught naik kepada 0.95

PUTRAJAYA 18 Jun – Kadar kebolehjangkitan (R-naught) Covid-19 menunjukkan sedikit peningkatan tetapi masih menunjukkan trend setara sama ada menurun atau meningkat sedikit untuk tiga minggu berturut-turut.

Pada Khamis, angka itu meningkat kepada 0.95 berbanding 0.93 hari sebelumnya.

Empat negeri mencatatkan  kadar R-naught melebihi 1.0 di mana Negeri Sembilan masih mencatatkan kadar tertinggi dengan 1.09 diikuti Sabah, Labuan dan Sarawak.

Manakala negeri-negeri lain mencatatkan kadar di bawah 1.0 termasuk Kuala Lumpur, Johor, Selangor, Melaka, Perak, Kedah, Putrajaya.

Begitu juga di Pahang, Pulau Pinang, Terengganu, dan Kelantan.

Perlis tidak merekodkan sebarang kes baharu.

Setakat ini, kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment