Minggu tidak bekerja di Moscow

MOSCOW 13 Jun – Golongan pekerja dalam sektor tidak penting di Moscow diminta supaya duduk di rumah ketika kes Covid-19 di negara itu mencatat rekod tertinggi dalam tempoh enam bulan.

Datuk Bandar Moscow Sergei Sobyanin semalam (12 Jun) mengumumkan minggu “tidak bekerja” di ibu kota Rusia itu berikutan keadaan jangkitan koronavirus naik mendadak sepanjang minggu lalu.

Moscow mencatat 6,071 jangkitan harian Covid-19 iaitu jumlah tertinggi sejak Disember tahun lalu.

Sobyanin menambah bahawa “ribuan” katil di hospital diubah bagi kegunaan pesakit koronavirus.

Arahan itu menjejas semua pekerja di ibu kota Rusia, yang mempunyai 12 juta penduduk, kecuali pekerja barisan hadapan dan sektor penting.

Pekerja sektor tidak penting tidak perlu bekerja dari rumah semasa tempoh itu tetapi dapat mengekalkan gaji mereka.

Mengambil kira hujung minggu dan cuti umum pada 14 Jun, ini bermakna pekerja di Moscow tidak akan kembali ke pejabat sehingga 20 Jun.

Related posts

Leave a Comment