Lebih 2.31 bilion dos disuntik

LEBIH 2.31 bilion dos vaksin Covid-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga Sabtu di mana China mendahului dengan 863 juta dos.

Menurut data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat merekodkan 305 juta dos dan India dengan 249 juta dos vaksin.

Negara lain yang mencatat jumlah pemberian vaksin melebihi 70 juta dos adalah United Kingdom dan Brazil.

Jerman pula mendaftarkan 60 juta dos, Perancis lebih 43 juta dan Itali lebih 41 juta.

Di Asia Tenggara, Indonesia terus mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 31 juta, jauh meninggalkan negara lain.

Filipina berada di kedudukan kedua dengan 6 juta dos didaftarkan, diikuti Thailand dengan 5 juta dos, Singapura, 4.3 juta dos dan Malaysia, 4.1 juta dos.

Related posts

Leave a Comment