Hampir semua negeri catat kenaikan

PUTRAJAYA 28 Mei – Hampir semua negeri mencatatkan pertambahan kes harian Covid-19 berbanding semalam kecuali Selangor, Sarawak, Terengganu dan Labuan yang mencatatkan penurunan.

Bagaimanapun Selangor terus kekal mendahului negeri-negeri lain merekodkan kes harian tertinggi iaitu 2,052 menjadikan jumlah keseluruhan 179,502.

Jika dibandingkan dengan catatan semalam, Selangor menunjukkan penurunan berbanding 2,675 kes yang direkodkan semalam.

Angka yang ditunjukkan Selangor turun sebanyak 623 kes sementara di peringkat kebangsaan berlaku kenaikan sebanyak 433 kes.

Untuk rekod, setakat 26 Mei lalu, hanya 2,233 daripada 50,898 rakyat Selangor yang menyertai program saringan Covid-19 percuma kerajaan negeri itu didapati positif.

Sementara itu Kelantan pula menunjukkan peningkatan iaitu 851 berbanding 754 semalam, Kuala Lumpur 830 (561), Johor 762 (549), Sarawak 698 (772), Kedah 544 (441), Negeri Sembilan 520 (353), Pulau Pinang 421 (365), Perak 405 (228), Melaka 380 (234),

Sabah 308 (217), Pahang 254 (238), Terengganu 207 (282), Putrajaya 44 (12), Perlis 8 (6) dan Labuan 6 (170).

Related posts

Leave a Comment