Kematian masih tinggi

PUTRAJAYA 28 Mei – Ketika kes jangkitan harian Covid-19 terus menunjukkan peningkatan, kadar kematian juga masih tinggi apabila merekodkan 61 lagi individu meninggal dunia.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian yang direkodkan setakat ini adalah sebanyak 2,552 orang.

Sebanyak 61 kes kematian melibatkan 19 kes di Selangor, lapan di Negeri Sembilan, enam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, lima di Kedah, masing-masing empat di Johor dan Sarawak, masing-masing tiga di Melaka dan Perak , masing-masing dua di Pulau Pinang, Kelantan, Wilayah Persekutuan Labuan, dan Terengganu, serta satu di Sabah.

Berbanding pertambahan kes positif sebanyak 8,290 hari ini, angka sembuh pula lebih separuh daripada jumlah kes harian iaitu 4,814 menjadikan 474,139 kes.

Sementara jumlah pesakit yang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 808 di mana 403 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Related posts

Leave a Comment