Selangor tambah kes lagi..

PUTRAJAYA 27 Mei – Selangor terus merekodkan kes harian tertinggi apabila mencatatkan 2,675 kes berbanding 2,455 semalam menjadikan jumlah kumulatif di negeri itu 177,450.

Kes jangkitan harian seluruh negara hari ini adalah 7,857 dan kumulatifnya 541,224.

Sarawak dan Kelantan juga menunjukkan peningkatan kes dengan merekodkan 772 dan 754 berbanding angka yang direkodkan semalam 640 dan 547 manakala

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Johor melebihi 500 kes iaitu 561 dan 549

Related posts

Leave a Comment