Nilai : Polis siasat N9 RADAR

NILAI 24 Mei – Polis daerah Nilai memulakan siasatan terhadap pemilik akaun facebook N9 RADAR yang didakwa mengeluarkan kenyataan yang boleh menyebabkan kegentaran awam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, siasatan diklasifikasikan di bawah kesalahan Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan kerana kenyataan yang menyebabkan kegentaran awam.

Siasatan itu juga merujuk Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian, perkhidmatan.

“Pihak PDRM menegaskan bahawa Nilai 3 merupakan kawasan di dalam pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai, Negeri Sembilan dan bukannya terletak di dalam negeri Selangor.

“Kenyataan yang dikeluarakn oleh pemilik akaun N9 RADAR boleh menyebabkan kegentaran awam dan menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Sehubungan itu, pemilik akaun itu  dikehendaki hadir ke IPD Nilai untuk memberi keterangan.

Related posts

Leave a Comment