Makkah catat 322 kes

RIYADH 15 Mei – Arab Saudi merekodkan 1,067 kes baharu Covid-19 dengan Makkah mendahului kawasan lain mencatatkan kes harian tertinggi iaitu 322.

Berdasarkan maklumat Kementerian Kesihatan (MoH) angka harian yang dicatatkan hari ini turun sedikit berbanding 1,142 yang direkodkan semalam.

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 440,914 dengan kes aktif 8,975 dan 1,344 kritikal.

Pada masa yang sama, seramai 12 lagi pesakit meninggal dunia akibat Covid-19 menjadikan jumlah kematian setakat ini mencecah 7,249 orang.

MoH juga merekodkan 895 kes pesakit sembuh dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh seramai 424,690 orang.

Sementara itu berada di belakang Makkah dengan catatan kes tertinggi adalah Riyadh yang merekodkan 292 kes, disusuli kawasan Timur 138 dan Madinah 105.

Related posts

Leave a Comment