Boleh beli vaksin tetapi bersyarat

KUALA LUMPUR 23 Mei –  Tiada halangan jika ada pihak di negara ini yang mahu membeli sendiri vaksin Covid-19 tetapi pihak itu mesti mendapat kelulusan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), kata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin. “Katalah sesetengah agensi misalnya Petronas dan sebagainya (hendak membeli) kita tak boleh halang. Syaratnya ia mesti diuji selamat (oleh NPRA) dan kenalah ada lesen.. tak boleh curi-curi, seludup bawa masuk,” katanya. “Dia (proses vaksin di fasiliti swasta) tak kena caj pasal ia tanggungan kerajaan. Kita minta mungkin hospital itu boleh caj RM14 (dibiayai Kerajaan) sekali…

Read More

Makkah catat 322 kes

RIYADH 15 Mei – Arab Saudi merekodkan 1,067 kes baharu Covid-19 dengan Makkah mendahului kawasan lain mencatatkan kes harian tertinggi iaitu 322. Berdasarkan maklumat Kementerian Kesihatan (MoH) angka harian yang dicatatkan hari ini turun sedikit berbanding 1,142 yang direkodkan semalam. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 440,914 dengan kes aktif 8,975 dan 1,344 kritikal. Pada masa yang sama, seramai 12 lagi pesakit meninggal dunia akibat Covid-19 menjadikan jumlah kematian setakat ini mencecah 7,249 orang. MoH juga merekodkan 895 kes pesakit sembuh dalam tempoh 24 jam…

Read More

Apa pula nasib pekerja asing rentas Nilai?

NILAI 3, Negeri Sembilan yang bersempadan dengan Daerah Kajang di Selangor tiba-tiba popular apabila dikaitkan dengan selebriti, Noor Neelofa Mohd. Noor dan suaminya Muhammad Haris Mohd. Ismail. Bagaimanapun popularnya dalam bentuk sindiran yang mengatasi desakan untuk mendapatkan pencerahan apakah kedudukan sebenar atau status isu ini. Jika dibaca pelbagai komen, ramai tertanya-tanya dalam bentuk sinis atau sindiran adakah Nilai menggunakan Poskod Kajang, Selangor atau Poskod Nilai, Negeri Sembilan? Mungkin ramai yang sudah ‘letih’ dengan ‘layanan’ yang mendakwa wujud ‘pilih kasih’ atau pendakwaan ‘antara dua darjat’ berhubung pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP).…

Read More

PKPD Taman Abaka, Tawau

PUTRAJAYA 23 Mei – Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Taman Abaka, Ladang Table, Tawau, selama dua minggu, berkuat kuasa Selasa ini sehingga 7 Jun 2021. Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan hari ini berkata, keputusan itu dibuat selepas kerajaan mendapati peningkatan kes ketara, dengan kadar kebolehjangkitan tinggi di lokaliti tersebut. Sehingga kini, terdapat 37 kes positif Covid-19 telah direkodkan hasil daripada 135 ujian saringan yang dilakukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Sementara itu, PKPD di Kampung Keramat, Semporna, Sabah, akan ditamatkan pada 24 Mei seperti…

Read More

Kaunter TH melalui janji temu

KUALA LUMPUR 23 Mei — Semua kaunter di 123 pejabat cawangan Lembaga Tabung Haji (TH) seluruh negara akan dibuka secara janji temu bermula Selasa selaras dengan langkah kerajaan memperketat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. Pengarah Eksekutif Operasi TH Mustakim Mohamad berkata pendeposit boleh membuat janji temu dengan melayari laman sesawang TH di www.tabunghaji.gov.my dan klik pada menu pilihan urusan janji temu yang akan dimuat naik bermula esok. Beliau berkata pendeposit boleh membuat janji temu untuk berurusan di kaunter bermula 9.30 pagi hingga 1 petang setiap hari (kecuali cuti umum dan mingguan). “Para pendeposit yang hadir hendaklah memastikan prosedur operasi standard (SOP) sentiasa dipatuhi dengan sentiasa memakai pelitup muka…

Read More

Selangor kekal mendahului

PUTRAJAYA 23 Mei – Selangor kekal mendahului negeri-negeri lain dalam merekodkan kes harian tertinggi Covid-19 apabila merekodkan 2,235 kes berbanding 1,647 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 167,629. Ini diikuti Sarawak 663 kes, Kelantan 626, dan Johor 549. Selangor – 2,235 (167,629) Sabah – 136 (60,378) Johor – 549 (53,963) WPKL – 447 (53,639) Sarawak – 663 (42,283) Pulau Pinang – 372 (25,735) Negeri Sembilan – 434 (22,704) Kelantan – 626 (22,546) Perak – 279 (18,549) Kedah – 422 (15,344) Melaka – 209 (9,761) Pahang – 263 (7,772) Terengganu – 266 (6,967)…

Read More

Sekali lagi angka tertinggi

PUTRAJAYA 23 Mei – Malaysia mencatat 6,976 kes baharu Covid-19, termasuk lima kes import hari ini, yang tertinggi sejak negara dilanda wabak itu pada Februari tahun lalu. Kes harian tertinggi sebelum ini adalah pada 20 Mei lalu yang merekodkan 6,809 kes. Pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 di negara ini mencecah 512,091 kes dengan kes aktif 57,020. Sebanyak 49 kematian termasuk seorang bukan warganegara dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 2,248 yang meninggal dunia Jumlah kes sembuh pula 3,587 kes dengan jumlah kumulatif sembuh 452,821 kes (88.4%) Sementara itu 681 kes…

Read More

Sedia 8.2 juta dos Sinovac

KUALA LUMPUR 23 Mei – Syarikat farmaseutikal Pharmaniaga akan membekalkan 8.2 juta dos vaksin Sinovac kepada kerajaan menjelang akhir Jun ini, kata Menteri Kanan Pertahanan Ismail Sabri Yaakob. Katanya, komitmen yang diberikan syarikat itu sekali gus menyangkal dakwaan bahawa negara berhadapan dengan kekurangan bekalan vaksin susulan peningkatan kes Covid-19. Beliau berkata, Pharmaniaga telah mengadakan perjanjian dengan syarikat pembekal vaksin Sinovac dari China sejak Januari lalu untuk membekalkan 12 juta dos. “Kilang ini (Pharmaniaga) mampu untuk membotolkan sebanyak 500,000 botol vaksin Sinovac untuk setiap minggu” katanya selepas mengadakan tinjau proses pembekalan…

Read More

38 kematian di Filipina, 3,083 kes

MANILA 23 Mei – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 3,083 kes baharu Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes setakat ini 1,179,812. Sehingga pukul 4 petang ini, sebanyak 6,756 pesakit dilaporkan sembuh dan ini membawa kepada jumlah kes pulih meningkat kepada 1,109,226 atau 94.0 peratus. Pada masa yang sama, seramai 38 lagi meninggal dunia disebabkan Covid-19 dan ini menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 19,951 orang. Kes aktif yang dilaporkan pula adalah 50,635

Read More

17 kematian, 3,382 kes di Thailand

BANGKOK 23 Mei – Thailand merekodkan 17 kematian dan 3,382 kes baharu Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan pesakit yang meninggal dunia 776 orang dan kes jangkitan 129,500. Daripada jumlah kes baharu itu, 2,922 kes melibatkan orang awam termasuk lima kes import manakala 460 melibatkan kes di penjara. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), 15 kematian dilaporkan di Bangkok dan setiap satu di Songkhla dan Chiang Mai. Lima wilayah yang merekodkan kes tertinggi adalah Bangkok dengan 983 kes, diikuti Phetchaburi (968) Samut Prakan (181) Nonthaburi (107) dan Chachoengsao (103) Sementara…

Read More