38 kematian di Filipina, 3,083 kes

MANILA 23 Mei – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 3,083 kes baharu Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes setakat ini 1,179,812.

Sehingga pukul 4 petang ini, sebanyak 6,756 pesakit dilaporkan sembuh dan ini membawa kepada jumlah kes pulih meningkat kepada 1,109,226 atau 94.0 peratus.

Pada masa yang sama, seramai 38 lagi meninggal dunia disebabkan Covid-19 dan ini menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 19,951 orang.

Kes aktif yang dilaporkan pula adalah 50,635

Related posts

Leave a Comment