Bantuan peniaga bazar Selangor

SHAH ALAM 22 Mei – Peniaga bazar Ramadan di enam daerah di Selangor yang terjejas berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) boleh mula membuat permohonan bantuan khas sebanyak RM500 sehingga 30 Jun depan.

Menurut kenyataan Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan Unit Perancang Ekonomi Negeri, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, bantuan RM500 akan terus ke akaun bank pemohon dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan.

“Kelayakan pemohon mestilah peniaga bazar Ramadan yang berlesen atau berdaftar sama ada di bawah Majlis atau penganjur (berdaftar dengan Majlis) sahaja yang layak menerima bantuan,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan, setiap peniaga hanya layak menerima sekali sahaja bantuan walaupun mempunyai lebih daripada satu petak bazar atau lesen daripada Majlis yang sama atau berbeza.

Peniaga bazar Ramadan di enam daerah terbabit perlu melayari laman web www.selangorprihatin.com atau menghubungi Selangor Health Care (SelCare) di talian hotline 1-800-22-6600 bagi menyemak kelayakan menggunakan nombor kad pengenalan masing-masing sebelum menghantar permohonan.

Related posts

Leave a Comment