Brunei catat kes ke-236

BANDAR SERI BEGAWAN 21 Mei – Kementerian Kesihatan Brunei Darussalam mengesan satu lagi kes Covid-19 semalam menjadikan jumlah kes kini 236.

Menteri Kesihatan Dr. Mohd Isham Jaafar berkata, pesakit  berkenaan yang kini ditempatkan di Pusat Pengasingan Kebangsaan tiba di negara ini dari Amerika Syarikat pada 15 Mac lalu.

Hasil ujian yang dibuat ke atas  pesakit menunjukkan ini adalah kes jangkitan lama dan kemungkinan dijangkiti sebelum tiba di Brunei.

Walaupun kes ini tidak boleh menjangkiti orang lain, Kementerian Kesihatan telah mengesan 200 orang yang mempunyai hubungan dengan kes ini bagi ujian pengesanan.

Daripada jumlah yang dikesan, 14 orang telah tampil melakukan ujian dan hasilnya negatif..

Related posts

Leave a Comment