Hanya 23 jemaah di Selangor.

SHAH ALAM 21 Mac – Hanya 23 jemaah (pentadbir sahaja) dibenarkan solat Jumaat di masjid-masjid institusi dan kariah manakala surau Jumaat pula 16 orang.

Menurut Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) jumlah yang sama juga terpakai bagi solat fardu lima waktu yang berkuat kuasa mulai Maghrib 19 Mei lalu.

Bagaimanapun bagi masjid pengurusan, bilangan jemaah dinaikkan kepada 50 orang yang meliputi 23 pentadbir dan 27 jemaah.

Begitu juga 50 jemaah bagi Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri) dan Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong.

Langkah pengurangan jemaah itu dibuat selepas penularan pandemik Covid-19 yang semakin membimbangkan sejak kebelakngan ini.

Menurut JAIS, aktiviti pengimarahan masjid juga ditangguhkan kecuali tazkirah Jumaat di masjid yang mempunyia 50 jemaah,

Bacaan Yasin, zikir munajat dan tahlil dibolehkan pada kadar jemaah yang ditetapkan. Tadarus al-Quran pula  dalam kumpulan kecil, lima jemaah.

Bagi solat jenazah pula hanya melibatkan tidak lebih 25 orang.tkan untuk ruang sokat musafi

Related posts

Leave a Comment