Selangor tambah kes baharu

PUTRAJAYA 18 Mei – Selangor terus merekodkan kes jangkitan Covid-19 tertinggi apabila merekodkan 1,743 kes baharu hari ini.

Berbanding semalam, Selangor mencatatkan 1,650 kes dan ini menunjukkan peningkatan hampir 100 kes.

Setakat ini jumlah kumulatif kes yang direkodkan Selangor adalah 157,056 kes.

Sarawak pula turut mencatatkan peningkatan dengan 512 berbanding 433 semalam, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 477 (297 semalam), Johor 407 (391j dan Kelantan 406 (343).

Related posts

Leave a Comment