Kanada lulus vaksinasi remaja

OTTAWA: Kanada mengikut jejak Amerika Syarikat (AS) meluluskan penggunaan vaksin kepada kumpulan umur 12 ke 15 tahun.

Pemberian vaksin Pfizer-BioNTech bagi kumpulan berkenaan sudah bermula di daerah Alberta.

Di Switzerland, beberapa daerah menawarkan vaksin kepada individu berusia 16 tahun ke atas.

Setakat ini, AS dan China merekodkan pemberian vaksin tertinggi, sementara India di tangga ketiga.

Bagaimanapun, ketika sebahagian besar negara di Eropah sudah melancarkan kempen vaksinasi, ada negara di benua Afrika masih belum memulakan program berkenaan.

Inisiatif Covax yang dinaungi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyasarkan 20 peratus daripada populasi di 92 begara miskin dapat dilindungi dengan suntikan vaksin.

Related posts

Leave a Comment