Tangguh vaksinasi remaja

GENEVA 15 Mei – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggesa negara-negara kaya mempertimbangkan semula seterusnya menangguhkan pemberian vaksin kepada kanak-kanak dan remaja.

Ketua pengarahnya Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, negara-negara berkenaan sebaliknya perlu mengagihkan bekalan vaksin sedia ada kepada negara-negara miskin yang digerakkan melalui inisiatif Covax.

Minggu lalu, Presiden Amerika Syarikat Joe Biden umum pelan membenarkan pemberian vaksin kepada kumpulan umur 12 ke 15 tahun secepat mungkin.

Negara itu menyasarkan 70 peratus populasinya menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menjelang 4 Julai.

Dr. Tedros berkata, ketika ini pengagihan vaksin menerusi inisiatif berkenaan disifatkan tidak adil.menyebabkan wujud jurang ketara dalam pemberian vaksin antara negara berkemampuan dan negara miskin.

Setakat ini, negara-negara berpendapatan rendah dan pertengahan tidak mempunyai bekalan vaksin yang mencukupi dan hanya 0.3 peratus bekalan vaksin sampai ke negara berkenaan.

Sejak vaksin pertama diluluskan Disember lalu, negara-negara kaya dilaporkan membeli sebahagian besar bekalan untuk memastikan sebanyak mungkin penduduk mereka divaksin.

Dr Tedros dalam sidang medianya semalam (14 Mei) mengakui keperluan negara-negara menyuntik vaksin kepada kumpulan kanak-kanak dan remaja, namun meminta negara berkenaan mempertimbang semula langkah itu.

Beliau memberi contoh senario kekurangan vaksin di negara miskin menyebabkan ada kalangan petugas barisan hadapan tidak divaksin dan berdepan risiko jangkitan yang tinggi.

Dr. Tedros juga mengingatkan  bahawa tahun kedua penularan Covid-19 dijangka “jauh lebih buruk” sedang Jepun melanjutkan tempoh keadaan darurat di tengah-tengah desakan memuncak agar Sukan Olimpik Tokyo dibatalkan.

“Kini kita berada di tahun kedua penularan pandemik yang jauh lebih buruk berbanding tahun pertama,” katanya.

Pandemik Covid-19 setakat ini mengorbankan sekurang-kurangnya 3,346,813 penduduk dunia sejak virus itu pertama kali muncul pada akhir 2019.

Minggu lalu, Presiden Amerika Syarikat Joe Biden umum pelan membenarkan pemberian vaksin kepada kumpulan umur 12 ke 15 tahun secepat mungkin.

Negara itu menyasarkan 70 peratus populasinya menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menjelang 4 Julai.

Related posts

Leave a Comment